Saturday, June 14, 2014



Homestay ini tidak lagi menerima sebarang tempahan kerana rumah ini telah didiami sepenuhnya.
Maaf atas segala kesulitan.
Terima kasih

Sunday, May 13, 2012

PERATURAN HOMESTAY

TETAMU YANG DIHORMATI
Sila Ambil Perhatian;

1. Tetamu yang dibenarkan adalah terdiri daripada ahli keluarga yang mahram atau kumpulan sama jantina.
2.  Tempahan disahkan setelah pelanggan membayar deposit rm50.00
3.  Pembatalan tempahan yang lewat daripada tempoh dua minggu deposit tidak akan dikembalikan.
4.  Kunci akan diberi selepas semua pembayaran dijelaskan.
5.  Daftar masuk selepas jam 2.00 petang, dan daftar keluar sebelum jam 12.00 tengahari esoknya.
6.  Sila tinggalkan nama, nombor telefon dan alamat ketua kumpulan semasa pendaftaran masuk; untuk rekod Homestay.
7.  Makanan halal sahaja dibenarkan dibawa masuk.
8.  Minuman keras dan binatang peliharaan dilarang sama sekali.
9.  Tetamu hendaklah menjaga segala kemudahan seperti dirumah sendiri. jika kerosakan berlaku kami berhak menuntut gantirugi dalam tempoh 7 hari daripada tarikh sewaan setelah disiasat.
10. Jangan buang sesuatu seperti tuala wanita ke dalam sinki tandas.
11. Sila basuh pinggan mangkuk, periuk dan sebagainya yang digunakan sebelum meninggalkan homestay.
12. Sila buang bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.
13. Dilarang merokok didalam rumah.
14. Sila bawa bersama barang berharga anda apabila keluar.; kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan barang anada.

TERIMA KASIH KERANA BERTAMU
 DI HOMESTAY ASFAR.
SILA DATANG LAGI

Monday, February 6, 2012

Anda Sedang Mencari Tempat Penginapan?



HOMESTAY ASFAR  Berkonsep "Rumah Penginapan" sangat sesuai bagi anda
jika anda mewakili;

i. Kumpulan Ahli Keluarga yang akan
     -Bercuti ke Pantai Timur
     -Menghadiri upacara konvokesyen
         UiTM Dungun.
         Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.
     - Mendaftar anak ke Sekolah Menengah Sains Dungun
     - Mendaftar anak ke Sekolah Menengah Teknik Dungun
     - Mendaftar anak ke UiTM Dungun.
     - Menghantar anak atau ahli keluarga yang pertama kali
        datang ke Dungun untuk mula bekerja & belum
        mendapat tempat tinggal yang tetap.
ii.  Rombongan Pelajar sekolah yang membuat lawatan sambil belajar ke Pantai Timur
iii. Rombongan bagi Majlis Pertunangan
iv. Rombongan bagi Majlis Perkahwinan
v.  Sesiapa sahaja yang mencari "Rumah Penginapan"  selagi masih bermusafir.


Kami sentiasa bersedia menerima dan mengalu-ngalukan anda ;

 Dengan bayaran yang berpatutan
 Perkhidmatan yang selesa.

 Insya Allah.

Wednesday, January 18, 2012

Selamat Singgah dan Istirehat

Homestay Asfar merupakan sebuah Rumah Penginapan yang selesa mempunyai;
 3 bilik tidur 
 2 bilik air, ruang rehat yang luas
 dapur, serta porch kereta yang besar.

Dilengkapi;
 1 katil "double" dan 3 katil "single".
  Set meja dan kerusi makan.
  Set sofa.
  Televisyen
  Peti sejuk
  Set asas didapur.

Lokasi kami adalah berdekatan dengan;

  i.  Sekolah Menengah Sains Dungun (SBP) - (5 minit,),
  ii. Sekolah Menengah Teknik Dungun (SBP)- (15 minit),
 iii. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun (15 minit)
 iv. UITM Terengganu, Dungun. - (10 minit)
  v. Pantai Peranginan Teluk Lipat yang menarik (5 minit)
 vi. Pusat Bandar Dungun (5 minit)
vii. Pantai dan Pusat Santuary Penyu Rantau Abang (15 minit)
viii.Jeti ke Pulau Tenggol (10 minit)